Senarai tempur tentera Jerman Pendaratan Normandy

Jerman Nazi mempunyai 50 divisyen di Perancis dan Negeri-Negeri Pamah, dengan 18 divisyen lagi ditempatkan di Denmark dan Norway. 15 divisyen dalam proses penubuhan di Jerman.[31] Kerugian sepanjang peperangan, terutamanya di Perbatasan Timur, menyebabkan pihak Jerman tidak lagi mempunyai golongan lelaki muda untuk dikerahkan. Askar Jerman kini berusia enam tahun lebih tua daripada askar Sekutu mereka. Ramai askar di kawasan Normandy ialah Ostlegionen (legion timur) – kerahan dan sukarelawan dari Rusia, Mongolia, dan kawasan Kesatuan Soviet lain. Mereka dilengkapi terutamanya dengan peralatan rampasan yang tidak elok dan kurang kenderaan bermotor.[32][33] Banyak unit Jerman berada dalam keadaan lemah.[34]

Pemerintah Tertinggi Jerman: Adolf Hitler

Semenanjung Cotentin

Tentera Bersekutu yang menyerang Pantai Utah berdepan dengan unit Jerman yang bertempat di Semenanjung Cotentin adalah seperti berikut:

Sektor Grandcamps

Askar Jerman menggunakan kereta kebal Perancis yang dirampas (Beutepanzer) di Normandy, 1944

Amerika yang menyerang Pantai Omaha berdepan dengan pasukan yang berikut:

  • Divisyen Ke-352 Infantri di bawah Generalleutnant Dietrich Kraiss, iaitu unit kekuatan penuh berjumlah 12,000 orang askar yang dibawa masuk oleh Rommel pada 15 Mac dan diperkuat oleh dua rejimen tambahan.[37]
    • Rejimen Ke-914 Grenadier[38]
    • Rejimen Ke-915 Grenadier (simpanan)[38]
    • Rejimen Ke-916 Grenadier[38]
    • Rejimen Ke-726 Infantri (dari Divisyen Ke-716 Infantri)[38]
    • Rejimen Ke-352 Artileri[38]

Tentera Bersekutu di Gold dan Juno berdepan dengan elemen-elemen Divisyen Ke-352 Infantri yang berikut:

  • Rejimen Ke-914 Grenadier[39]
  • Rejimen Ke-915 Grenadier[39]
  • Rejimen Ke-916 Grenadier[39]
  • Rejimen Ke-352 Artileri[39]

Pasukan di sekitar Caen

Tentera Bersekutu menyerang Pantai Gold, Juno, dan Sword berdepan dengan unit-unit Jerman seperti berikut:

Berjumlah 7,000 orang askar, divisyen ini sangat lemah.[40]

Rujukan

WikiPedia: Pendaratan Normandy http://www.awm.gov.au/education/talks/australians-... http://www.cmp-cpm.forces.gc.ca/dhh-dhp/his/docs/V... http://www.journal.forces.gc.ca/vo5/no2/book-livre... http://www.american-divisions.com/doc.asp?document... http://www.bbc.com/news/magazine-27715250 http://edition.cnn.com/2014/06/05/opinion/opinion-... http://historicalregistry.com/?page_id=222 http://issuu.com/wargravescommission/docs/normandy... http://cphpost.dk/news/denmark-finally-recognised-... http://www.history.army.mil/html/reference/Normand...